Wednesday, November 16, 2016

Tip Sambung Belajar - #4

Sambung Belajar


Mengulangkaji menggunakan kaedah “output learning” iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku atau nota, ingat kembali, lakar atau tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

Photo Credit : https://jameskennedymonash.files.wordpress.com
Kredit :-Ensaiklopedia Petua Melayu Lama-

Saturday, November 12, 2016

Tip Sambung Belajar #3

sambung belajar


a. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil di tangan
b. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)
c. Belajar dalam persekitaran kondusif
d. Pastikan cahaya adalah terang
e. Kurangkan gangguan bunyi
f. Tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
g. Tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
h. Kerusi dan meja menghadap kiblat
i. Jangan lupa untuk senyum

credit foto: blog.umy.co.id

Friday, November 11, 2016

Tip Sambung Belajar - Fokus

Sambung Belajar

Pastikan anda fokus dengan kuliah. Kelas anda cuma diadakan dalam waktu yang sangat terhad setiap bulan.
Sila puasakan diri anda sebentar daripada Facebook, Whatsapp dan lain-lain semasa dalam kuliah. Yuran mahal tau!

Kredit Gambar : majalahindo.net

Thursday, November 10, 2016

[Petua Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang] -Tip 1

sambung belajar
kredit: ummiindonesia.com

Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, anda perlu lakukan berikut:

Petua Pertama
a. Ingat 10% apa yang dibaca
b. Ingat 20% apa yang didengar
c. Ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
d. Ingat 70% apa yang dicakapkan
e. Ingat 90% setelah dipraktikkan

-Ensaiklopedia Petua Melayu Lama-

Tuesday, November 8, 2016

4 SEBAB KENAPA PERLU SAMBUNG BELAJAR





Sambung Belajar
Sambung Belajar

1. Perlu tambah kompetensi untuk kerjaya.

Anda doktor terlatih tetapi membuka klinik persendirian? Sudah pasti wajib untuk anda belajar tentang pengurusan perniagaan. Anda mungkin belajar dalam bidang berbeza dengan kerjaya anda. Sambung belajar memudahkan anda mendapat ilmu yang up to date untuk diaplikasikan dalam bidang tugas anda.
.
.
2. Tambah kredibiliti
Tidak dapat dinafikan, semakin tinggi ilmu yang anda miliki, semakin anda dipandang tinggi oleh masyarakat. Kelulusan dan pengalaman yang anda miliki meningkatkan kredibiliti anda dalam bidang yang diceburi.
.
.
3. Tebus kegagalan masa lalu
Mungkin anda terlepas peluang untuk menyambung pelajaran sebelum ini. Tahukah anda sistem pendidikan negara kita mengiktiraf pengalaman kerja? Bila digabungkan pengalaman dengan kelulusan akademik minimum yang dimiliki, tidak mustahil untuk anda ke menara gading.
.
.
4. Untuk inspirasikan ahli keluarga
Ramai ibu bapa yang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi berjaya menjadi inspirasi kepada anak-anak untuk turut cemerlang dalam pelajaran.
.
.
5. Mengintai peluang untuk naik pangkat
Ramai yang mengimpikan untuk naik pangkat. Bukan semua yang akan dapat peluang ini tetapi dengan mula bertindak melanjutkan pelajaran, anda sudah bersedia dengan kelulusan diperlukan ketika peluang itu hadir. Sambung belajar juga akan menambahkan soft skills anda tanpa sedar. Ini menjadikan anda lebih berpotensi untuk dipilih berbanding calon-calon lain.



Apa kata Survey? Klik Sini
     

Selamat Datang

Bismillahirrahmannirrahim

Selamat datang ke blog kami. Kami membantu anda untuk sambung belajar bisnes secara separuh masa dan fleksibel untuk dewasa bekerja kecuali penjawat awam, bagi program diploma hingga Master tanpa MQA tetapi diiktiraf oleh universiti.