Tuesday, November 8, 2016

4 SEBAB KENAPA PERLU SAMBUNG BELAJAR





Sambung Belajar
Sambung Belajar

1. Perlu tambah kompetensi untuk kerjaya.

Anda doktor terlatih tetapi membuka klinik persendirian? Sudah pasti wajib untuk anda belajar tentang pengurusan perniagaan. Anda mungkin belajar dalam bidang berbeza dengan kerjaya anda. Sambung belajar memudahkan anda mendapat ilmu yang up to date untuk diaplikasikan dalam bidang tugas anda.
.
.
2. Tambah kredibiliti
Tidak dapat dinafikan, semakin tinggi ilmu yang anda miliki, semakin anda dipandang tinggi oleh masyarakat. Kelulusan dan pengalaman yang anda miliki meningkatkan kredibiliti anda dalam bidang yang diceburi.
.
.
3. Tebus kegagalan masa lalu
Mungkin anda terlepas peluang untuk menyambung pelajaran sebelum ini. Tahukah anda sistem pendidikan negara kita mengiktiraf pengalaman kerja? Bila digabungkan pengalaman dengan kelulusan akademik minimum yang dimiliki, tidak mustahil untuk anda ke menara gading.
.
.
4. Untuk inspirasikan ahli keluarga
Ramai ibu bapa yang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi berjaya menjadi inspirasi kepada anak-anak untuk turut cemerlang dalam pelajaran.
.
.
5. Mengintai peluang untuk naik pangkat
Ramai yang mengimpikan untuk naik pangkat. Bukan semua yang akan dapat peluang ini tetapi dengan mula bertindak melanjutkan pelajaran, anda sudah bersedia dengan kelulusan diperlukan ketika peluang itu hadir. Sambung belajar juga akan menambahkan soft skills anda tanpa sedar. Ini menjadikan anda lebih berpotensi untuk dipilih berbanding calon-calon lain.



Apa kata Survey? Klik Sini
     

No comments:

Post a Comment